Pages

Sunday, February 12, 2012

Potensi.

Hari ini, 12 Februari 2012. Hari ke-12 saya di UUM Kedah. Seperti di pos sebelum ini, Aku Pekerja Yang Teruk, saya berada di Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA Peringkat Kebangsaan 2012, yang julung-julung kalinya pernah dianjurkan di Malaysia. Dan yang menariknya, saya *koff koff* err, kami berjaya melayakkan pasukan ke peringkat akhir bersama enam lagi universiti yang berjaya ke final.

Pasukan kami, Delihan Sdn. Bhd. mewakili USIM.
Peringkat akhir, yang sangat mencabar, menguji kesabaran, menguji ketahanan mental dan fizikal, sungguh menarik. Tapi itu bukan apa yang ingin saya kongsikan di sini.

Semasa di sini, ramai yang bertanya, apa background pelajaran saya di USIM? Maksudnya, apa kursus pengajian yang saya ambil? Saya tersenyum sambil menjawab, Food Biotechnology. Tiada kaitan langsung kalau dilihat sekali imbas. Tapi kenapa saya berjaya sertai pertandingan ini? Ada sebabnya. Bukan sekadar suka-suka dan ingin mendapat markah Curriculum Vitae.

HAFOS 2011.

Saya terlibat secara langsung dengan gerak kerja Halal Food Seminar 2011 yang dianjurkan oleh pelajar Food Biotechnology. Sebenarnya saya sendiri, walaupun sangat meminati Biologi, khususnya Bioteknologi, dan Allah lontarkan saya ke bidang Bioteknologi Makanan, saya kurang jelas apa yang boleh saya sumbangkan dengan apa yang saya belajar. Namun sedaya mungkin, saya cuba mencari. Dan sewaktu di HaFoS, saya sempat berbual dengan Dr. Alina Abd. Rahim, Pengarah Institute of Halal Research & Management (IHRAM) tentang potensi yang perlu HAFOS cetuskan. Beliau berharap agar pelajar Bioteknologi Makanan mampu melihat potensi mereka dari sudut pandang industri. Bukan sekadar dari sudut pengguna. Sebenarnya ia ada perkaitan antara keduanya bagi saya. Tapi berfikir dari sudut industri, memberi lebih nilai tambah kepada pelajar kerana industri juga berfikir untuk memenuhi kehendak pengguna, dan bagaimana untuk sesuatu produk tersebut berjaya mendapat tempat di pasaran. Saya nampak ini ketika di sini. UUM.

Potensi Produk Baharu.

Sewaktu pembentangan kepada Venture Capitalist, kami berusaha meyakinkan para pelabur untuk melabur dalam syarikat Delihan Sdn. Bhd. Sungguh, saya rasa kelebihan besar kami mampu melayakkan diri ke peringkat akhir adalah kerana produk yang diperkenalkan. Tetapi meneliti lebih dalam satu-satu produk, ada kelebihan dari sudut kualiti dan khasiat, tapi kurang dari segi mesra pengguna. Siapa mahu makan mee yang rupanya seperti ranting kayu? Sekadar contoh bombastik. Dari sudut pengguna, walaupun kualiti halal dan standard thoyyiban itu suatu keutamaan, tapi tanpa sedar, banyak kali faktor rupa dan rasa makanan mempengaruhi pengguna. Maka berfikir dari sudut pandang pengilang dan pembekal produk, sudah tentu untuk benar-benar mempengaruhi semua lapisan masyarakat, perlu diambil berat tentang aspek itu.

Teruskan aktiviti R&D

Bagi saya, produk-produk yang dihasilkan di USIM khususnya, ada potensi. Cuma ia perlu ditambah baik lagi secara serius. Maksud saya, bukan produk itu dihasilkan dalam kekangan masa atau semata-mata projek dalam silibus pengajian kursus. Tetapi formula dan teknologi itu perlu diberi ruang dan peluang untuk dinaiktaraf kepada yang benar-benar mampu bersaing di pasaran dan mendapat tempat di hati pengguna. Saya teringat cadangan Dr. Alina yang mahu menubuhkan satu makmal khas untuk tujuan ini. Kalau berjaya, saya yakin produk-produk ini ada peluang yang amat besar. Saya nampak sekarang apa tujuan Dr. Alina menggesa kami untuk berfikir dari sudut Entrepreneur dan Industrial Development.

Harapan saya, Delihan Sdn. Bhd. suatu hari nanti, akan menjadi benar realiti. Sekarang ia separuh realiti dan separuh lagi 'fantasi'. Dan maafkan saya jika ada komen yang mengguris hati. Saya tahu bukan mudah mahu menghasilkan satu-satu produk. Tapi hakikatnya, produk-produk kalianlah yang terus memberi saya inspirasi dan semangat. Sungguh osem!

2 kata-kata:

adysuR said...

Walaupun bioteknologi telah dikhususkan kepada makanan, bidangnya masih luas. Banyak benda yg boleh diteroka lagi dengan syarat pelajar2 mencari peluang. Mungkin boleh buat lawatan industri setiap sem utk mengutip pengalaman. ;)

Amjad Azhar said...

Adysur: Sedang dalam perancangan. ^_^
Apa2pun, pertandingan ini banyak membantu saya melihat masa depan Bioteknologi Makanan dalam perspektif yang lebih luas, khususnya untuk diri saya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...